tapi dari semalam aku belajar erti persahabatan,
dari semalam aku semai benih kerinduan,
dari semalam aku berjaya ke hari ini,
dari semalam aku dididik untuk menghargai,
dan dari semalam adanya kita...
wahai sahabat,
betapa kerinduan menusuk aku dari semalam,
betapa kerinduan mengingatkan aku pada perjuangan,
betapa kerinduan mendorong aku mencari penyelesaian
hari ini,
kita punya hala tuju kendiri,
ke arah mencapai hasrat hati yang murni,
untuk punya pekerjaan yang diredhai,
jangan kita wahai sahabat,
melupakan hari semalam dek kerana kebebasan,
jangan lupa perjuangan kita dari perkenalan pertama 10 februari
pahatkan dalam hati bahawa kita akan kekalkan ukhuwah ini hingga akhirawi,
amalkan ajaran yang kita cedok di bangku persekolahan,
tuk hadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran.
jangan kita menewaskan kewarasan kepada nafsu keburukan
jaga solatmu,
jaga auratmu,
jaga pergaulanmu,
jaga adabmu...
akhir kata, aku rindu..
=)
No comments:
Post a Comment